SEUMUR HIDUP HANYA BERGANTUNG AIR HUJAN, TELAGA
20 Buah Pulau Di Pedalaman Sabah Masih Memerlukan Air Bersih
Anda Mampu Infaq Air Bersih Kepada Penduduk Ini
Macam tak percaya, seumur hidup mereka penduduk di kepulauan ini hanya bergantung kepada air daripada telaga dan tadahan hujan.
Saudara kita di sana terdedah kepada pelbagai penyakit yang datang daripada air yang kurang bersih ini.
Air dari perigi yang digali juga mempunyai rasa tanah, kelat dan masin kerana dikelilingi oleh lautan.
Kehidupan mereka ini seakan-akan kebelakang berpuluh-puluh tahun dari kita ini walaupun hakikatnya sekarang 2025!
“Kami tak mampu halang jika budak-budak terdesak minum air kotor itu” – Cikgu Sekolah




Air hujan yang jatuh dari bumbung terus ke dalam tangki ini, terus diminum oleh budak-budak yang dahaga tanpa mengira kebersihan.
Jika tiada hujan yang turun pula, terpaksa mereka minum dari air perigi yang juga kotor bercampur tanah.
Jika anda rasa sumbangan air bersih ini amat kecil, sebenarnya bagi mereka ia adalah satu sumbangan yang paling mereka hargai.
Ambil Bahagian Anda Dalam Kempen Air Bersih Ini
Lapan buah sekolah dan masjid telah menerima mesin air bersih bagi membekalkan mereka dengan sumber air yang lebih baik daripada air hujan dan air telaga.
1. SK Pulau Bait, Semporna
2. Masjid Al-Hassan, Pulau Bum-Bum
3. SK Sisipan, Pulau Bum-Bum
4. SK Tongkalloh, Pulau Bum-Bum
5. SK Pulau Denawan, Semporna
6. SK Terusan Tengah, Pulau Bum-Bum
7. SK Terusan Baru, Pulau Bum-Bum
8. SK Pulau Larapan, Semporna
“Tak Sangka Dapat Merasa Air Bersih Macam Ni” – Penduduk Kampung
Mereka sangat teruja dapat minum air bersih dan segar macam ni atas sumbangan ikhlas daripada anda semua!
Lebih 20 Sasaran Memerlukan Mesin Air Bersih
Ini antara senarai Sekolah dan Masjid yang bakal menerima infaq air bersih daripada anda semua InsyaAllah.
Dana diperlukan sebanyak
RM250,000.00
Bagi membekalkan mesin air kepada 20 buah masjid dan sekolah lagi dan lebih lagi terutama di kawasan pedalaman di Semporna, Sabah termasuk kos penghantaran dan pengurusan.
Kenapa Kempen Air Bersih ini akan menjadi sedekah terbaik anda?
Pahala Berterusan Untuk Anda dan Keluarga
Air bersih hasil sumbangan anda ini akan dimanfaatkan oleh penduduk-penduduk kampung, jemaah masjid dan surau, pelajar-pelajar yang sedang menuntut ilmu, dan mereka yang dari latar belakangkan kurang berkemampuan.
Sungguh besar pahala anda jika anda infaq bersama Kempen Air Bersih ini walaupun hanya mampu menaja sebahagian kos mesin, tetap ada bahagian anda didalamnya.
Dari Abi Hurairah RA, Rasulullah SAW Bersabda:
“Apabila seseorang anak adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara. Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya, dan anak soleh yang mendoakan untuknya.”
3 cara anda boleh rebut peluang dari usaha Air Bersih ini:
Sa’ad Ibn Ubadah (RA) Meriwayatkan :
Sa’ad bertanya kepada Rasulullah SAW, “Ibunya Sa’ad telah meninggal dunia. Bentuk sedekah apa yang terbaik?” Rasulullah SAW menjawab, “Air.”
Maka beliau menggali perigi dan mengatakan ini untuk ibunya Sa’ad. (Sebagai Wakaf)
(Abu Daud & an Nasa’i)